MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Ahad, 4 April 2010

GULAI IKAN SARDIN



BAHAN-BAHAN :
1 tin besar ikan sardin mackerel - cap ayam
2-3 cawan santan pekat
2 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
4-5 biji ubi kentang
2 biji tomato
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
4 biji cili api
2 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :
1) Kupas semua ubi kentang dan bawang besar serta dipotong empat.
2) Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit . Gunakan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak . Biar kan ubi kentang masak sampai empuk .
3) Masukkan semua ikan sardin makeral dan kuah nya sekali , kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata. Akhir sekali rasa garam jika kurang masin tambah la garam.
* Jika kuah kurang masam boleh la ditambah sekeping asam keping.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan