MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 27 Mei 2009

IKAN PEKASAM GORENG

Hmmm sedap betul makan ikan pekasam ni dengan nasi je.. Saya memang cukup gemar ikan pekasam , dulu masa tinggal di Kedah ikan pekasam ni mudah nak dapat sebab disana ikan pekasam ni makanan sampingan bagi pembuka selera.Ikan pekasam yang saya goreng ni jauh datangnya dari Kulim , suami sya kirim pada kawan sepejabatnya yang balik kampung.
Dekat pasar di area rumah saya ni pun ada jual ikan pekasam tapi kurang sedap la... kalau kawan suami ini balik kampung memang selalu suami saya kirim pada dia..ikan pekasamnya fresh dan kurang masam kira tastenya balance la...

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan pekasam
1 bji bawang besar
3 biji cili kering

CARA MEMASAK :
Potong bawang besar dan cili kering.Panas kan minyak dan goreng ikan pekasam dahulu sampai masak dan angkat ikan pekasam ni. Buang sedikit minyak ikan ini dan terus masukkan bawang besar dan cili kering , goreng sampai bawang menjadi layu .Angkat bawang dan cili serta terus taburkan ke atas ikan pekasam yang sudah di goreng terdahulu tadi. Dah pun siap hmmm sedap....

6 ulasan:

  1. Nannie, shashue memang suka ikan pekasam, kalau balik kampung mak mesti goreng ikan pekasam, kalau mak buat sendiri ikan pekasam lagi sodapp!! 2 kali tambah:)

    BalasPadam
  2. Sedapnye ikan pekasam... tengah mengidam ni nak makan ni.huhu... terus lapar tengok gambar ni :)

    BalasPadam
  3. Ooo shashue pun suka ikan pekasam sedapkan , best la mak shashue pandai buat sendiri boleh bawa balik stok simpan di rumah hmm bila gorwng yang mengancam baunya tu....

    BalasPadam
  4. To blogresepi ,
    Kalau gidam kena pegi cari tu... kat rumah saya ada jual kat pasar senang la juga nak cari.Btw saya dan link dengan blogresepi , bestnya macam2 resepi yang mengancam Salam kenal ya...

    BalasPadam
  5. Memang ikan Pekasam ni feberet Fasha jugak. Besarnya ikan akak ni. Kecur saya!!Tahun lepas balik Malaysia, Fasha bawak 10 bungkus! Sekarang ni tinggal satu bungkus, sayangggg sangat nak makan!!sighhhh..

    BalasPadam
  6. aslinya dari banjarmasin nih,daerah barabai,Mahang,iwak pakasam

    BalasPadam