MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 6 April 2009

MASAK LEMAK TELUR CAMPUR SUUHUN


BAHAN-BAHAN:

5 biji telur
4 cawan santan
2 peket pucuk+ suuhun
3 biji ubi kentang
1 batang serai- dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

3 cm kunyit hidup
2 biji bawang merah
3 biji cili api

CARA MEMASAK:

1) Masukkan santan dan bahan ditumbuk serta serai ke dalam periuk kemudian letakkan periuk diatas api dapur dan masukkan pula ubi kentang , biarkan kuah masak sampai mendidih. Kacau kuah , biarkan ubi kentang masak sampai menjadi empuk.

2) Bila kuah sudah mendidih pecahkan telur sebiji demi sebiji , jangan dikacau kuah dan biar seketika apabila sudah nampak bentuk telur yang sudah masak didalam kuah baru la dimasukkan pucuk dan suuhun . Kacau kuah perlahan-lahan dan boleh la ditutup api dapur bila pucuk/suhun sudah masak.

* Jika nak kuah lebih banyak boleh lah ditambah sedikit lagi santan atau air semasa tengah masak.

3 ulasan:

  1. Lama tak makan masakan ni. Nanti I can try buat juga. Andrea mesti suka. I think I should cut down opening all your recipes, otherwise, mesti nak masak.....GEMOKKKKKKKKKK!!!!

    BalasPadam
  2. SY XBERANI MSK MSKAN YG GUNA SANTAN..HEHE XRETI..TKT PECAH MINYAK..SKRG NAK BLAJAR MSK..NAK JADI WIFE ORG X LAMA LG..BKAL HUSBAND PULAK SUKA MAKAN

    BalasPadam